HADITH MUSLIM

Monday, March 21, 2011

Kem Belia Masjid 2011

Tarikh : 14-15 Mac 2011
Hari : Isnin dan Selasa
Tempat : Masjid Al Maarufiah, Parit Baru
Pengisian : Sembelihan dan Pengurusan Jenazah
Anjuran : Biro Pemuda , Masjid Al Maarufiah.





Friday, December 3, 2010

Bakti Siswa Pautan Kasih

Pada 3 hingga 5 Disember 2010 Masjid Al-Maarufiah telah menjadi tuan rumah kepada Program Bakti Siswa Pautan Kasih. Program anjuran Politeknik Sultan Idris Shah dan Politeknik-politeknik Zon Tengah dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik serta JKK Kampung Parit Baru. Pelbagai aktiviti dijalankan sempena program yang berlangsung selama 3 hari itu. Antaranya seperti sukaneka, memancing, gotong royong serta aktiviti-aktiviti amal. Mereka juga turut serta dalam aktiviti kerohanian seperti  pengajian agama dan kuliah subuh. Para mahasiswa telah ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing selama mereka berada di sini.

Di meja pendaftaran


Pertandingan memancing.


Ikan haruan yang berjaya dipancing. 


 Aksi memancing.


 Ketua Kampung Parit Baru Pekan Tuan Haji Mat Noor bin Rajikin


 Wajah-wajah siswi.


Anak-anak menyertai pertandingan mewarna.


 
Sukaneka...Boling kelapa.


Thursday, November 25, 2010

Ibadah Korban Aidil Adha 2010

Majlis korban sempena Aidil Adha  telah diadakan pada 17 November 2010. 9 ekor lembu telah dikorbankan di dalam majlis tersebut.

Setiausaha Masjid Al Maarufiah, En Hasbullah bin Basir mengumumkan nama peserta.



Sembelihan dilakukan oleh Tuan Imam Masjid Al Maarufiah, Tuan haji Badron binHaji Omar.

Bilal (kiri) bersama Wak Ireng.

Tuan Nazir Masjid Al Maarufiah, Tuan Haji Dr Jamali bin Basri menyelia pengagihan kad.

 
Kaunter kad.



Antara ahli kariyah yang bergotong-royong.

Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang sangat digalakkan di dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah. Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak. Maka Sembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)”. (Surah Al-Kautsar Ayat 1-2). * Sembahyang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahyang sunat hari raya korban (  Aidil Adha). Hukum Hukumnya Sunat Muakkad(dituntut). Adapun bagi mereka yang bernazar, hukumnya wajib. Bagi mereka yang berkemampuan Makruh meninggalkan amalan ini. Wajib hukumnya kepada Rasulullah berdasarkan hadis: “Diwajibkan ke atas ku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan satu amalan sunat bagi kamu”. (Riwayat Imam Tirmizi) Maksud Korban:- Menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah. *Umur binatang yang boleh dikorbankan:-
1. Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
2. Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7 bahagian.
3. Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
4. Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagia.
 
Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.
Sunat-sunat ketika menyembelih binatang korban:-
1. Membaca Basmalah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban itu.
Nota:
a) Daging korban yang diniat nazar oleh orang yang bernazar, hendaklah di sedekahkan semuanya.
b) 1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan   kepada orang kaya mengikut mazhab Syafie. Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasulullah maksudnya: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korban mu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampun bagi mu atas dosa-dosa yang telah lalu”.
(Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).

# Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.
# Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan penyembelihan itu.

Solat Qasar dan Jama

Solat Qasar

Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat  yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh  diqasarkan.

Hukum Qasar 
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika  kamu takut diserang oleh orang kafir…” 
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin Al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan  kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah  kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”  (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin  mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

 Contoh niat solat qasar.
  أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
 Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana  Allah Taala

Solat Jama

Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’. 
Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul  ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul  ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur  atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang  kedua (Asar atau Isya’). 
Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu  Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi  salam solat yang kedua.  
Contoh Niat
Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan  kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
   Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى 
   Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala




Sumber  : http://www.e-solat.gov.my/

Followers